Friday, March 9, 2012

Insya Allah

sekarang tepat menunjukkan jam 1:11 am. hari jumaat bersamaan dengan 10hb Mac 2012.

aku dihadapan laptop acer ku. yang ku beli kira kira setahun yang lalu. mencoret setiap cerita yang aku kira bagus untuk aku coretkan di muka muka diari digital ini. alhamdulilah. bersyukur pada Allah, masih diberi peluang untuk hidup, menghirup nafas segar di bumi yang semakin tua ini.

saat ini fikiran ku begitu kuat mengenang kan orang tua yang berada jauh di kuala lumpur. rindu mencengkam dada. aku semakin sesak, kadang kala sebak memikirkan mereka di sana. sudah makan kah, sihatkah, gout di kaki ayah sudah semakin surut kah? kalau diberi pilihan susah untuk aku berjauhan dengan mereka. walau sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama semenjak umur 13 tahun berjauhan membuatkan hati aku terasa sedih. semoga ayah dan mak sentiasa mendapat keberkatan dan dirahmati Allah...

kehidupan di USM semakin menyeronokkan walaupun kiri dan kanan sentiasa dihambat dan dikejar dengan segala macam tugasan. bermula dengan tugasan kuliah yang bertimbun, ditambah dengan tugasan Desa yang semakin mencabar, course work dan jadual yang tidak kenal erti simpati membuatkan aku setengah mati mengejar death line.

berkenaan dengan tempat dataran usahawan yang aku fight untuk dapatkan, alhamdulilah, mungkin rezeki berada di tempat lain. saingan yang hebat dari pelajar yang lain, mengajar aku untuk berasa lapang dada dengan segala ketentuannya. walau tidak mendapat tempat di situ, aku tidak akan biarkan cita cita ku terkubur begitu sahaja. perancangan untuk stage seterusnya telah dirangka. insya Allah sekali lagi aku percaya pada rezeki Allah..

saban waktu, aku semakin muak dengan status status di muka buku tentang 'kisah' percintaan monyet remaja remaja sekarang. tidak mengertikah mereka bahawa di usia seperti ini bukan masa untuk bercinta selain perlu mengejar cita cita?. atau aku yang semakin tua dan semakin ketinggalan zaman untuk memahami naluri remaja zaman globalisasi?. cet, sekali lagi aku perlu fikirkan.. bukan bermakna aku membenci cinta kerana hakikatnya aku juga manusia biasa, tetapi jika perlu menggadai jiwa, wang ringgit dan masa yang sepatutnya jiwa itu untuk Tuhan yang satu, wang itu untuk digunakan bagi mengejar cita2, dan masa untuk siapkan assg, rasa rasa wajar ker?...

esok aku akan bertolak ke kelantan untuk SUKAD fasa 3. insya Allah semoga banyak pingat dibawa pulang sidang ini. amin

Tuesday, February 21, 2012

bussines

www.shashaka-inokreat-enterprise.blogspot.com

sem baru semangat baru

assalamualaikum WRB

sem baru semangat baru..
sekejap jer rasanya, sudah bermula sem baru, sem dua bagi tahun pertama. maknanya aku ada 7 sem lagi untuk aku harung sebelum sampai ke satu titik noktah dalam diari hidup sebagai seorang budak ijazah.

satu bendaa yang aku belajar, for the next becoming sem, jangan buat tak tahu jer bila permohonan daftar kursus secara online sudah dibuka. haha. di sebabkan kelekaan aku, aku tertinggal untuk daftar kursus sem 2 secara online, padahnya semalam terpaksa naik bukit turun bukit di usm untuk daftar kursus secara manual. tapi alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar walaupun basah ketiak aku..

permulaan yang baik, alhamdulilah, segalanya adalah hak milik Allah. keputusan peperiksaan sem 1 telah pun diumumkan dan aku bersyukur, aku kira dengan unit (kredit hour) yang aku ambil, keputusan mendapat 3.45 untuk sem 1 amatlah berbaloi. walaupun tidak termasuk dalam dean list, tapi setidak tidaknya masih 3.00 ke atas. aku bersyukur. kalau nak diikutkan sangat, dengan last minute preparation untuk buat assg dan study last minit di tambah dengan cerita cerita korea yang aku layan saban malam, haha aku bersyukur sangat dapat keputusan macam itu. haha. Terima Kasih Ya Allah.

sepanjang cuti sem yang lepas, ada satu benda yang aku terkilan, aku kurang spend time dengan famili aku. aku masih tidak berasa puas bercuti lagi lagi bila lauk2 kesukaan aku, aku tak sempat nak suruh mak aku masak kesemuanya, sedangkan sebelum balik aku dah listkan 40 jenis lauk yang aku nak mak aku masak sepanjang cuti tapi hanya tertunai sebanyak 25 je.. huhu. mana tidaknya, aku balik ke kuala lumpur pun sudah lambat, 2 minggu lambat sebab aku siapkan rancangan perniagaan untuk fight dapatkan tempat iaitu dataran usahawan untuk berniaga, disamping seminar di HQ Putrajaya dan seminar di sungai petani, habis sahaja seminar di sungai petani baru aku balik K.l.

sampai sahaja di K.l aku sempat keluar dengan mak dan hang out keluar dengan kawan2 sehari, kemudian bos lama aku di Wakdol telefon minta tolong masuk kerja sebab anak dia sakit. hari hari aku kerja, sampailah sehari sebelum masuk semula ke usm baru aku berhenti. setiap malam pula aku adjust untuk SHASHAKA INOKREAT ENTREPRISE. alhamdulilah, thanks pada Ammar yang membuat tempahan untuk karnival di UIA Petaling Jaya last week. Alhamdulilah, penat memang penat tapi ini adalah rezeki yang Allah SWT berikan. lagipun kalau tak bekerja nak cari duit dekat mana kan, bukan boleh datang bergolek. nak harapkan duit PTPTN cukup cukup makan je. haha.

walau bagaimanapun aku seronok dengan kehidupan ini. semoga untuk sem yang baru ini aku akan di murahkan lagi rezeki oleh Allah SWT, semoga perniagaan Aiskrim goreng aku mendapat tempahan lagi banyak, semoga bisnes aku disini pun mendapat sale yang tinggi.

Monday, January 9, 2012

skuad my harapan tekun





baiklah ini merupakan satu lagi pencapaian terbaik buat team majlis Penghuni Desasiswa Tekun sebab apa, sebab buat kali pertama kami telah menghantar 10 projek untuk dibentangkan bagi mendapatkan dana dari NGO untuk support aktiviti desasiswa kami. projek ini dinamakan my harapan. kalau korang semua pernah tengok program sejuta impian, maka konsep my harapan ini lebih kurang macam sejuta impian la. bezanya program ini dijalankan oleh satu badan NGO untuk salurkan dana bagi mana-mana projek yang dianggap bagus dan layak untuk dapatkan dana.

inilah rakan-rakan MPDT aku yang membentangkan projek ini. maka di bawah ini adala 10 projek yang kami bentangkan :

program bakti siswa : Bahirah Khalid (exco komunikasi korporat)
cycle for health : Radhi Dzulkefli ( exco penajaan)
recycle : Wong ye Siang (exco penajaan )
hub of ICT : Deejay Albert Dexter ( exco publisiti dan ICT )
kenduri sekampung : nur hafizah tukiran ( penguasa blok) & Yasmin (exco protokol)
lawatan ke luar negara : Hafiz Razak ( exco sukan dan trek)
fiesta d Tekun : Nurlia (exco kebajikan)
agrotek Keli d Tekun & Refleksologi d Tekun : Mohamad Shafiq (exco protokol)

dapat tak dapat belakang cerita la kan. yang penting usaha itu sendiri, kami pun tak letakkan harapan yang terlalu tinggi cuma sekadar mencuba nasib dan kalau ada rezeki, maka adalah. kalau tiada, maka kami redha..

cabaran

acara : bengkel kepimpinan pembantu exco
tarikh : 27 Nov 2011
tempat : dewan utama pelajar DUD
anjuran : majlis penghuni desasiswa Tekun
pengarah projek : Mohamad Shafiq b Kamaruddin


fuh.. mencabar..
sebab apa mencabar? inilah event pertama yang aku handle sejak aku masuk USM. serius aku sangat sibuk masa ini. bayangkan sahaja dalam masa waktu yang sama, dalam minggu yang sama aku berhadapan dengan 5 assigment yang perlu dihantar dalam masa minggu itu juga. termasuk 2 projek MPD iaitu lawatan ke rumah anak yatim dan projek mega aku ini.

tapi menarik juga, ramai juga yang tanya, aku ni tak stress ker? ouh tidak, aku manusia yang sangat positif dimana stress tidaka akan mengganggu gugat sebarang kerja aku plus aku ada suplemen B kompleks, sangat membantu to reduce stress. ah apa apa pun aku sangat seronok handle program ini sebab dengan adanya projek ini aku kenal keseluruhan tempat dalam USM, mana taknya, turun naik HEP brape puluh kali minta kelulusan tambah lagi pergi sana sini dengan peralatan lagi. nasib baik aku ada sekretariat yang sangat membantu aku untuk projek ini.

dan pada hari yang sama juga, tak betah aku untuk duduk tengok orang buat kerja, jadi aku lah yang menjadi MC untuk projek aku ni. aku dengan partnet aku. kami 2 orang yang jadi MC dan hasilnya boleh tahan. yang seronok masing-masing enjoy dengan program ini. ouh lupa nak cakap tujuan projek ini diadakan adalah yang pertama sekali adalah untuk merapatkan ukhwah antara pembantu Exco bg setiap portfolio dengan exco masing-masing. kami juga jemput mantan-manta exco untuk join program ni untuk berkongsi pengalaman. dan semua aktiviti aku sendiri yang reka berdasarkan apa yang aku fikirkan perlu untuk pengisian bagi projek ini. antara pengisiannya :

slot sharing is caring
slot gali dan cungkil
slot penghargaan
slot mari belajar
slot thanks sahabat
slot selingan
slot ice breakking
slot saya boleh, anda boleh dan tekun boleh!
slot pecah belon
dll...

ada banyak gambar yang aku nak upload masuk tapi sayangnya, ada sedikit masalah teknikal. jadi ini je lah gambar yang ada untuk aku upload untuk entry kali ini.

















warna warni kem exco

assalamualaikum WRB.. alhamdulilah..
sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas segala nikmat kurniaan yang tidak terhingga..
jika hendak dihitung-hitung malah dikira, tidak mungkin tercapai dek akal untuk menghitung segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. alhamdulilah sekali lagi.

detik berlalu, aku teringat,sudah lama tidak aku updated entry ke dalam diari eletronik aku ini. entry lama yang aku updated tentang perkhemahan BSM. ok, sekarang ini adalah entry tentang satu lagi kisah dalam hidup aku. ingat, segala yang berlaku akan aku updated, cuma cepat dan lambat sahaja.. tapi selalunya memang akan lambat la. standard, jwpn mahasiswa.. haha

baiklah, dibawah bawah ini adalah gambar2 pada kem EXCO desasiswa Tekun di tanjung harapan perak. kem ini diadakan di awal semesta kalau tak silap aku bulan 11 yang lepas dan sekarang aku baru nak updated masuk dalam blog, argh, takpe la sekurangnya ada la jugak bahan. kalau tidak setiap bloggers yang klik masuk dalam blog ini asyik dihidangkan dengan cerita lama...

seronok, teruja dan yang paling penting ukhwah yang terbina antara kami. pengarah projek bagi kem ini tak lain tak bukan adalah cik yasmin iaitu salah seorang exco Protokol dibawah portfolio aku. orangnya simple, penuh dengan falsafah dan yang penting very independent woman. oarang macam inilah yang kita nak cari, baru boleh buat jadi bini, orang yang independent ini selalunya pandai jaga diri dan sangat tegas dan dia tahu apa yang nak buat, hasilnya kem ini berjalan dengan lancar walaupun kena marah dengan fasilitator, standard la mana-mana kem pun bab bab kena marah sebab pengurusan masa itu benda standard dan merupakan salah satu point tok mengahangatkan lagi kem tersebut.

yang bestnya, kami kena masak sendiri, lepas tuh kena hidupkan api sendiri, memang muka aku la nak kena hidupkan api, nasib baik orang kampung tahu la sikit nak hidupkan walaupun lambat sikit. yang bestnya, first time aku rasa masak sayur goreng letak kunyit.. maklumlah orang laki masak, campak kan semua dalam kuali gaul-gaul, dah siap.. makeit simple and short..

makan pula cara dalam dulang. yang bestnya aku jadi chef untuk masak nasi pakai kayu api. fuh wa cakap lu beb, memang terangkat la nasi tu aku masak. bayangkan 3 periuk kot, yang penting walaupun gabra nasi tak masak, tapi kehenseman tu wajib jaga.. haha. last day nak dijadikan cerita kami pun dibenarkan terjun tasik, fuhh seronok punya seronok, kawan aku yang sorang ni kaki dia cedera kena kulit kepah, terhiris darah ngalir macam air, ye lakan kaki tgah kecut sebab baru berendam.. itulah padahnya kalau berseronok, aku la yang jadi first aider dia. nasib baik aku ni PBSM.. hahaha. nak bagitau jugak kan..

yang paling penting aku enjoy, semua enjoy.. dan sekali lagi satu benda lagi telah terlakar dalam kenangan aku. satu lagi yang aku nak cakap, hayatilah dengan penuh kegembiraan segala yang berlaku dalam hidup ini semoga ia dipenuhi dengan warna warni.. wassalam.